Apa yang kita lalui semasa hidup hingga ke saat ini, segala peristiwa atau Insiden seperti Suka Duka, Pahit Manis, Hitam Putih Warna Warni akan tersemat dalam fikiran hinggalah ke akhir hayat. Peristiwa suka, apabila kita mengingatinya, melihat, mendengar atau bau sesuatu yang menghubungkan peristiwa suka yang dahulu akan menyebabkan secara sepontan akan tersenyum seolah merasa peristiwa suka itu baru sahaja berlaku, serupa dengan peristiwa Tragis, Sedih, Pahit apabila teringat kembali akan menyebabkan terasa kesakitan dibeberapa tempat dalam tubuh, ketidakselesaan ini akan menganggu kehidupan sekarang dan menjadi masalah.
Kita sering terperangkap dengan emosi dan halusinasi hingga menyebabkan sikap negatif tersebut menjadi amat kuat yang akan berakhir dengan kegagalan dalam kerjaya dan kehidupan. Bayangan ketakutan, keseronokkan semuanya adalah pada Minda kita sahaja. Rawatan hari ini menggunakan pill penenang dan amat malang sekali rawatan ini bersifat sementara kerana emosi takut dan yang negatif masih ada lagi.


No comments:
Post a Comment