Monday, January 19, 2009

APA ITU RAWATAN MINTUROH

Rawatan Minda, Tubuh dan Rohani atau “MINTUROH” adalah gabungan rawatan Minda, Tubuh dan juga yang bersangkutan dengan Rohani. Ini adalah penyelesaian kepada masalah penyakit modern hari ini, mengesan dan merawat hingga ke akar umbi.

Jika kita merawat Tubuh tanpa memperdulikan Minda dan Rohani maka kita masih belum dapat merawat pesakit tersebut secara total atau penuh kerana yang dinamakan Manusia itu terdiri dari tiga unsur iaitu: Minda, Tubuh dan Rohani adalah satu dan itu lah empunya diri.

Minda yang sihat datang dari tubuh yang sihat begitu juga tubuh yang sihat datang dari minda yang sihat. Tubuh dan Minda saling memerlukan. Dengan merawat ketiga-tiga aspek didapati peratus penyembuhan meningkat dan sempurna. Sebagai contoh terdapat kes pesakit yang mengalami masalah semput atau asma sembuh dengan hanya merawat mindanya tanpa menggunakan apa-apa jenis ubatan, Emosi takutnya yang terdahulu itu menyebabkan urat pada laluan pernafasannya terganggu. Terdapat banyak kes seperti Phobia atau Trauma dapat juga dipulihkan dengan hanya beberapa minit sahaja.
Rawatan Rohani pula ialah mengesan tenaga-tenaga atau entity-entity luar atau kotor yang tidak dapat dikesan oleh para Doktor Modern. Benda-benda Ghaib ini wujud dan boleh dikesan dengan menggunakan kekuatan tenaga dalam diri perawat.

Rawatan diatas ini adalah seperti One Stop Center, Pesakit tidak perlu pergi jumpa Doktor Perubatan, Doktor Psikiatri dan Bomoh Modern.

No comments:

Post a Comment