Setiap benda mempunyai gelombang dan tenaga, kerana setiap sesuatu itu terjadi daripada atom, molekulnya bergerak berlawanan jam mengeluarkan tenaga dan gelombang, bunyian, bauan, warna malah fikiran juga mengeluarkan gelombang yang berbeza semasa jaga dan tidur seperti alpha, beta, delta dan sebagainya.
Tubuh mempunyai gelombang elektrik dan tersimpan didalam setiap satu sel tubuh. Kita hanya menggunakan beberapa peratus sahaja kekuatan tenaga elektrik ini. Dengan mengaktifkan dan membesarkan gelombang elektrik tubuh Perawat (menggunakan beberapa teknik tertentu) didapati mereka (pesakit) yang mempunyai masalah penyakit, organ tubuh yang bermasalah maka gelombang elektrik mereka juga lemah. Tandanya mereka akan merasa getaran, rasa panas atau sejuk, rasa loya dan bermacam lagi tindakbalas pada tubuh mereka. Mereka yang mempunyai tenaga yang kotor (ganguan makhluk halus) juga dapat dikesan.Kaedah rawatan masalah Rohani ini juga menggunakan kaedah semulajadi dimana mereka akan diajar untuk menguatkan kerohanian, pernafasan, senaman, mandian dan bermacam lagi kaedah mengikut kesesuaian pesakit.
No comments:
Post a Comment