Tuesday, January 20, 2009

SHAMWELLNESS

ShamWellness, Syarikat yang diasaskan oleh Encik Mohamed Sham, bekas Kakitangan Kerajaan Negeri Johor, berkhidmat lebih 15 tahun dalam bidang Pentadbiran, Perkhidmatan, Kewangan dan Kesetiausahaan mulai tahun 1980 sehinggalah tahun 1995, Pada Akhir Perkhidmatannya beliau telah dihidapi penyakit kronik iatu Sakit Jantung, Paru Berair, Insomnia, Darah Rendah, Hypertensi serta penyakit Misteri, beliau sering pengsan dan akhirnya mengambil keputusan berhenti dari perkhidmatan Kerajaan.

Beliau mendalami Ilmu Tabib Cina seperti Akupunture, Bekam dan Herba, Ilmu Tenaga Dalam, Ilmu Methaphysik, Hipnosis, Tarekat dan mengkaji kekuatan Tenaga Tubuh, Alam dan Minda bertujuan penyembuhkan diri kerana rawatan modern gagal merawat penyakit Misteri beliau. Pada tahun 2006 diizinkan Tuhan beliau telah sembuh dengan Teknik menguatkan dan mengaktifkan Tenaga Tubuh dengan prinsip “Tubuh mampu menyembuhkan diri “. Ramai pesakit seperti Gaout, Astma, Kanser, Darah Tinggi, Kencing Manis dan bermacam lagi sembuh dengan penyembuhan yang cukup sempurna.Beliau sering diundang oleh Jabatan Kerajaan, Swasta untuk berkongsi dan memberi taklimat kesihatan dan juga merawat kakitangan yang mengalami masalah Minda dan Rohani. Beliau tidak jemu meluangkan masa dan memberi pendedahan dengan ceramah, taklimat, kursus kepada Masyarakat, Guru-guru Sekolah, Pelajar, Institusi Pengajian Tinggi, Badan Korperat, Sosial, Pertubuhan, Individu termasuklah kepada mangsa-mangsa banjir yang lalu.

Berkat usaha beliau terlahirlah Program “Minda Sihat Tubuh Sihat”, “Sihat Sepanjang Hayat“, "Mengesan, Merawat & Mencegah Penyakit Minda, Tubuh dan Rohani", "Teknik Bebaskan Emosi", "Teknik Khusyuk Solat", "Kanser Boleh Sembuh","Rahsia Panjang Usia", "Mengenal dan Merasa Gelombang Tubuh" telah membuka mata dunia perubatan modern. Teknik serta terapi telahpun beliau bukukan untuk kepentingan masyarakat hari ini dan akan datang.


widgeo

1 comment:

  1. en.sham .
    kalau hati macam mana pula .?
    boleh encik ubatkan .?

    ReplyDelete